Jumaat, 31 Ogos 2012

Kisah pertama



Aku resah bercampur takut. Sudah lama aku tak melakukan perkara ini tapi esok aku terpaksa mengulanginya lagi. Aku jadi makin resah bila memikirkan nya. Memang lah perkara yang akan aku lakukan ini bukan lah satu jenayah tapi hati ku tetap tak tenteram memikirkan hari esok. Selama ini aku hanya mengenalinya melalui sms dan panggilan telefon. Tetapi esok aku akan bersua dengan nya pula. Sungguh aku bimbang akan penerimaan nya terhadap aku. Aku takut aku tak menepati ciri ciri lelaki idamannya. Tapi aku sudah terlanjur melafazkan cinta padanya dan dia pun melafazkan yang sama kepada aku.

Permulaan kepada hubungan kami sungguh unik dan tak terlintas pun di hati kami masing masing yang kami akan saling jatuh cinta. Saling meluahkan perasaan. Tapi itu lah yang dinamakan kehidupan. Kami tak mampu melawan kehendakNya. Mungkin ada hikmah kami dipertemukan.

Aku terlena juga dalam keresahan ini dan pagi ini aku harus menemuinya. Perjalanan dari tempat aku ke tempatnya mengambil masa hampir 2 jam. Kami berjanji akan bertemu pada jam 10 pagi tapi aku tiba 15 minit awal dari sepatutnya. Aku menunggu di tempat yang di janjikan, di depan cimb bank.

Aku menunggu di dalam kereta dan tiba tiba hp ku berbunyi dan ternyata dari dia. Dia bertanyakan aku berada di mana dan tidak lama kemudian pintu kereta ku di buka. ‘Hai….’ sapanya. Aku membalas sapaannya. ‘Abang…..ni ida, akhirnya berjumpa juga kita’ dia meneruskan bicaranya. Aku pula yang termalu malu. Selepas itu kami mula berbicara dan jujur aku katakan yang aku masih lagi malu dan membiarkan dia lebih banyak berbicara…he..he.

Aku menyenanginya dan aku harap dia pun demikian jua.



p/s: baru berjinak nak tulis cerpen. Tunggu sambungan akan cerita ini nanti

Orang yang kita sayang


Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang, selalu membuatkan kita terkeliru.
Selalunya juga orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, membuatkan kita terkilan.
Dan selalunya juga orang yang kita sayang, membuatkan tahap kesabaran kita makin menipis.
Selalunya juga orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi bila hatinya terisi.
Kadang kehadirannya bila dia kesunyian. Dan kita dia lupakan dalam keriuhan.
Apa pun dia tetap orang yang kita sayang.
Apa pun dia tetap orang yang kita cintai.

Khamis, 12 Julai 2012

RENUNGAN BUAT SANG PENCINTA


Aku tak mampu MENGUBAH apa yg telah BERLALU sebagaimana aku tak sanggup MENGETAHUI apa yg akan TERJADI. Jadi, mengapa aku harus GELISAH terus-menerus??







REMINDER FOR US GIRLS




Sebagaimana kita berlapang dada MENERIMA kehadiran orang yg kita sayangi..belajarlah jugak utk berlapang dada MELEPASKAN  orang yg disayangi





Berteman Sepi



Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku                                 

                                                                Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat 
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa





Rabu, 11 Julai 2012

SADNESS OF FAKE LOVE!

At this point, my BRAIN says, why this happened to me?
but in time, my HEART says, Allah knew what is best for me .

Maybe It's not always about trying to fix something broken..maybe it's about starting over and creating something better! 

If Allah doesn't created Him for Her/Her for  Him..So that they wont be together no  matter what happened! 
coz of what??? Muslims beleived: ''Krn tulang rusuk tu xkan pernah bertukar dan akn bertemu pd saatnya..InsyaAllah..'' 

Girls..take care of ur HEART!! n URSELF (UR DIGNITY) too. there's no more valueble things inside us except that 2 things! 

just a REMINDER! :)

Selasa, 10 Julai 2012

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan

     
Kejap je masa berlalu kan??Ramadhan dh nak dekat tak sampai 2 minggu ja lagi dari tarikh update blog ni lahh. :) hmm...hati berdebar2 sgt.....harap diberi kesempataan lagi utk terus beribadah dan mendapat barakah berterusan....


Sempena bulan penuh barakah akan dtg ni,jom la sama2 kita perbanyakkan amalan,perbetul apa yg x btul dan perelok apa yg x elok. Pintu taubat terbentang luas bagi tiap hamba2-Nya..(peringatan utk diri sendiri lahh jugakk)


So,kalo tanya kat budak tadika,apa yg xda bila dtgnya ramadhan?sure dorg cakap food lahh yg xda kan??(pagi ke petang sebelum berbuka je lahh).Selain tu yg dorg tau ramadhan bulan syaitan diikat! (hantu iblis da x da!!)dorg bleh lah nk berani lebih!hahaha...!

Ha!!!tapi harus diingat jugakk lah,banyak army2 nya kt lua yg terlepas! Apanya army2 (bala tentera syaitan) nih??hmm! army2 syaitan ni lahh yg ada pada NAFSU!!
Jadiknya bulan penuh barakah (Ramadhan) jugakk bulannya kita belajar mendidik hawa nafsu! dari sebesar2 nafsu hggalah sekecil2nya..moga dipermudahkan!Amin..


soon on 21 Julai bersamaan 1 Ramadhan Insya Allah!