Jumaat, 31 Ogos 2012

Orang yang kita sayang


Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang, selalu membuatkan kita terkeliru.
Selalunya juga orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, membuatkan kita terkilan.
Dan selalunya juga orang yang kita sayang, membuatkan tahap kesabaran kita makin menipis.
Selalunya juga orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi bila hatinya terisi.
Kadang kehadirannya bila dia kesunyian. Dan kita dia lupakan dalam keriuhan.
Apa pun dia tetap orang yang kita sayang.
Apa pun dia tetap orang yang kita cintai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan