Jumaat, 31 Ogos 2012

Kisah pertama



Aku resah bercampur takut. Sudah lama aku tak melakukan perkara ini tapi esok aku terpaksa mengulanginya lagi. Aku jadi makin resah bila memikirkan nya. Memang lah perkara yang akan aku lakukan ini bukan lah satu jenayah tapi hati ku tetap tak tenteram memikirkan hari esok. Selama ini aku hanya mengenalinya melalui sms dan panggilan telefon. Tetapi esok aku akan bersua dengan nya pula. Sungguh aku bimbang akan penerimaan nya terhadap aku. Aku takut aku tak menepati ciri ciri lelaki idamannya. Tapi aku sudah terlanjur melafazkan cinta padanya dan dia pun melafazkan yang sama kepada aku.

Permulaan kepada hubungan kami sungguh unik dan tak terlintas pun di hati kami masing masing yang kami akan saling jatuh cinta. Saling meluahkan perasaan. Tapi itu lah yang dinamakan kehidupan. Kami tak mampu melawan kehendakNya. Mungkin ada hikmah kami dipertemukan.

Aku terlena juga dalam keresahan ini dan pagi ini aku harus menemuinya. Perjalanan dari tempat aku ke tempatnya mengambil masa hampir 2 jam. Kami berjanji akan bertemu pada jam 10 pagi tapi aku tiba 15 minit awal dari sepatutnya. Aku menunggu di tempat yang di janjikan, di depan cimb bank.

Aku menunggu di dalam kereta dan tiba tiba hp ku berbunyi dan ternyata dari dia. Dia bertanyakan aku berada di mana dan tidak lama kemudian pintu kereta ku di buka. ‘Hai….’ sapanya. Aku membalas sapaannya. ‘Abang…..ni ida, akhirnya berjumpa juga kita’ dia meneruskan bicaranya. Aku pula yang termalu malu. Selepas itu kami mula berbicara dan jujur aku katakan yang aku masih lagi malu dan membiarkan dia lebih banyak berbicara…he..he.

Aku menyenanginya dan aku harap dia pun demikian jua.



p/s: baru berjinak nak tulis cerpen. Tunggu sambungan akan cerita ini nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan